Sunday, November 29, 2009

Derita Seorang Isteri.



Setiap manusia di beri oleh allah satu naluri atau perasaan yang amat indah dan mulia iaitu Cinta. Banyak definasi tentang cinta, bagi saya cinta adalah satu perasaan yang suci dan ianya datang tanpa paksaan, hadir secara sukarela dan perasaan itu tiada batasan. Menyintai tidak terhad untuk manusia sahaja bahkan kepada alam yang indah ini dan kepada seluruh makhluk ciptaan tuhan. Menyintai juga tidak ada permulaan dan tiada pengakhiran. Kedatangannya juga kadangkala secara tiba-tiba.

Saya ingin berkongsi tengtang cinta yang berada di sekeliling saya. Kisah-kisah ini hanyalah sebagai teladan bukannya mengusik mana-mana pihak. Teman yang saya kenali sewaktu bekerja di syarikat swasta pada suatu waktu dulu membuatkan saya beremosi setiap kali saya terkenang kisahnya. Mengenali ani (bukan nama sebenar), itulah nama panggilannya membuatkan saya tersedar tentang permainan hidup di dunia yang sementara ini. Pertama kali bertemu di tempat kerja wajah yang sentiasa ceria tidak pernah tergambar di fikiran saya bahawa insan ini hidup penuh penderitaan.


Setelah hampir enam bulan mengenalinya, suatu petang selepas solat asar, dia mulakan satu perbualan kosong akhirnya kepada perbualan mengenai keluarga. Dia bertanyakan keluarga saya, secara sepontan saya menyatakan keadaan diri saya . Tiba-tiba kedengaran satu keluhan. Lalu saya pun bertanya tentang keluarganya. Terdiam sebentar ,ani tidak terus menjawap. Saya biarkan dia melayani emosinya ketika itu. Lalu dia mengatakan ,sebenarnya dia adalah ibu tunggal. Terkejut juga saya mendengarnya, kerana usianya masih muda lagi. Dari apa yang di ceritakan ,suaminya seorang executive di syarikat swasta telah meninggal dunia akibat kanser. Simpati betul terhadap dia. Tuhan duga dia sewaktu anak masih perlukan seorang ayah dan isteri perlukan tempat berteduh.

Ani meneruskan ceritanya kepada saya, katanya dia amat menyintai suami begitu jua suaminya. Suaminya seorang yang amat penyayang. Tidak pernah berlaku perbalahan sepanjang perkahwinannya. Cinta suaminya amat agung baginya. Hidup tidak selalu cerah bila suaminya di sahkan mengidap kanser. Luruh jiwanya bila doktor memberitahunya tentang penyakitnya dan paling di takuti bila suami di sahkan kanser kulit tahap ktitikal. Demi cinta yang tak pernah padam ,ani tidak pernah lupa memohon pada Allah supaya suaminya di beri kesihatan dan sembuh dari penyakit tersebut. Tapi tuhan lebih menyayanginya. Awal subuh suaminya menghembuskan nafas terakhir di depan ani dan anaknya.


Setelah selesai pengkebumian dan kenduri arwah, ani mula mencari dokumen tentang pembelian rumah. Ani terperanjat apabila nama waris rumah tersebut adalah nama ibu suami. Begitu juga dengan caruman kwsp.. Hampir gila katanya bila dia dapat tahu,dia bukan tamak , sekurang-kurangnya rumah untuk berlindung pun cukup untuk dia. Bila proses untuk menuntut hak ,terpaksa dia mencari peguam dengan bayaran agak mahal. Kerana terpaksa dia lakukan juga. Pihak ibu mertua tidak endah langsung, baginya apa yang anaknya wasiatkan tak perlu di ubah…..oh tuhan kenapa terlalu berat dugaan ini.

Setelah perbicaraan berakhir, rumah dah caruman kwsp tetap hak ibu mertuanya, dia terpaksa akur. Sedikitpun tiada belas kasihan dari pihak keluarga arwah suaminya. Andai mereka tidak menyukai dia sekalipun sepatutnya kasihanlah kepada anak yang arwah tinggalkan.Dengan rasa tertekan serta hiba, ani terpaksa keluar dari rumah yang telah dia diami bersama arwah suaminya .

Anaknya mula bertanya, kemana kita nak pergi ibu……? Tak terjawab langsung soalan itu…..Ani terus menyewa di kawasan yang agak jauh dari rumah lamanya. Berharap dapat melupakan pengalaman pahit dan manis dan memohon bekerja di syarikat swasta tidak jauh dari rumah sewanya. Memandangkan selama ini ,hanya seorang suri rumahtangga, agak susah untuk mendapat pekerjaan walau sebenarnya ada kelulusan.

Dari kisah diatas dapat kita rumuskan, untuk para suami andainya ingin melihat keluarga kita terbela semasa kita hidup atau selepas kita mati pastikan ada sesuatu yang anda boleh tinggalkan untuk orang yang tersayang. Ibu bapa kita memang masih ada hak ikut faraid jika anak lelaki meninggal dunia, tetapi 1/8 hak untuk isteri dan 1/2 untuk anak lelaki dan 1/6 untuk anak perempuan tetap ada. Fikirkanlah…..

Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada anda semua dan jika ada soalan atau cadangan bolehlah hubungi saya.. Yang baik dari allah dan yang buruk dari kesilapan diri saya…

Kehidupan mengajar erti kesabaran.


Saya banyak keluar negara selepas berkecimpung dalan dunia perniagaan. Dari situ saya mengenali ramai orang , berbilang bangsa dan ugama. Sepanjang perjalanan ketika di luar negara banyak idea dan pengalaman baru dapat saya kutip….Kisah yang ingin saya kongsi kali ini adalah teman yang saya kenali sewaktu saya dan keluarga bercuti di Beijing China. Kami dalam rombongan yang sama tetapi dia dari daerah lain. Wajahnya nampak dewasa dan cirri-ciri keibuan terpancar di raut wajah yang ayu.

Wanita tersebut bercuti bersama suami, dan tidak membawa anak. Memandangkan anak saya terlalu aktif di dalam rombongan tersebut, maka ramailah teman berbual termasuk wanita tersebut. Kak intan itulah panggilannya. Mempunyai sembilan orang anak ,….tak sangka saya. Menjalankan perniagaan seperti saya dan suaminya bekerja swasta. Semasa berhenti berehat di restoran makanan islam dia mula berbual dengan saya. Suaminya banyak berbual dengan ahli rombongan yang lain. Terdetik di hati saya ,lalu bertanya kepada kak intan , mudah ke melayani sembilan orang anak sedangkan beliau menjalankan perniagaan adakah punyai pembantu….?


Lalu dia menceritakan serba sedikit tentang dirinya. Suami yang menemaninya ke Beijing adalah perkahwinan yang ke tiga baginya. Perkahwinan yang pertama berakhir apabila suaminya seorang guru meninggal dunia kerana terlibat dalam suatu kemalangan . Suaminya yang menaiki motosikal meninggal di tempat kejadian. Ketika itu kak intan mempunyai tiga orang anak hasil perkongsian hidup bersama arwah suami. Memandangkan dia tinggal di kuaters guru dan sebagai suri rumah sahaja terpaksalah kak intan berpindah dari situ. Ketika itu usianya baru dua puluh lima tahun. Anak sulungnya berumur enam tahun. Memandangkan kak intan hanya anak angkat ,tidak tahu kepada siapa harus mengadu. Ibu angkatnya tidak berapa suka pada kak intan semenjak menjadi ibu tunggal.

Jika dia meminta bapa angkatnya menolongnya,
ibu angkatnya akan mencaci kak intan kerana terasa cemburu. Pernah ibu angkatnya memberi amaran kepadanya jangan nak memandai mandai memikat bapa angkatnya. Terlalu perit rasanya tuduhan itu.

Selepas menyewa di pekan , kak intan memohon kerja sebagai tukang cuci. Hasil dari pekerjaan itulah yang
di gunakan untuk membesarkan tiga orang anaknya yang masih kecil. Hampir tujuh tahun kak intan menjanda, akhirnya tuhan temukan kak intan jodoh dengan orang bujang dari selatan tanah air. Bermulalah kehidupan baru dan di kurniakan dua orang cahaya mata. Bermakna anak kak intan bertambah dan terpaksa bekerja lagi kuat. Suaminya seorang yang nampak penyayang ,tidak pernah mengherdik atau melukakan hatinya. Namun panas tidak sampai ke petang, sikap suaminya yang rajin bekerja menjadi agak malas selepas di timpa kemalangan di tempat kerja. Setelah beberapa bulan bercuti ,suami kak intan tidak mahu menyambung tugas di tempat lamanya. Akhirnya dia menganggur. Terpaksalah kak intan bekerja sendiri, untuk menampung keluarga. Namun kesabaran kak intan menghadapi hidup begitu akhirnya menemui kegagalan. Nasihat yang kak intan beri pada suaminya tidak di endah,
nafkah tak pernah di fikir. Kak intan sentiasa menasihati suaminya untuk berubah tetapi suaminya tidak mengendahkan.Kerana tekanan hidup bersama suami selama tujuh tahun yang teramat sangat kak intan memohon cerai secara baik. Pada mulanya permohonan itu gagal kerana suaminya tidak mahu bekerjasama. Kak intan terpaksa menggunakan hikmat peguam untuk menyelesaikan kekusutan itu.

Setelah penceraian itu, kak intan mula meniaga secara kecil kecilan. Perniagaannya mula berkembang atas sokongan anak-anaknya . Lama juga kak intan menyendiri….,tetapi cinta itu adalah satu perasaan yang tidak terduga…,akhinya dia berkahwin semula dengan seorang duda yang mempunyai empat orang anak. Ini bermakna anak kak intan berjumlah sembilan orang . Kak intan teruskan hidup dengan penuh kasih sayang walaupun terpaksa menjaga anak tiri. Baginya semua yang ada padanya adalah amanah tuhan dan tidak boleh di sia-siakan.

Rumusan dari kisah ini, bahawa tuhan menguji setiap hambanya supaya hambanya lebih bertaqwa. Ujian yang kak intan lalui amat perit dan kak intan melalui tiga fasa dalam hidup ini. Semoga kak intan lebih tabah dengan setiap dugaan.



Sekiranya teman-teman punyai kisah kehidupan yang mencabar , kongsilah kepada orang lain agar ianya menjadi pedoman dan tauladan..