Sunday, November 29, 2009
Derita Seorang Isteri.
Setiap manusia di beri oleh allah satu naluri atau perasaan yang amat indah dan mulia iaitu Cinta. Banyak definasi tentang cinta, bagi saya cinta adalah satu perasaan yang suci dan ianya datang tanpa paksaan, hadir secara sukarela dan perasaan itu tiada batasan. Menyintai tidak terhad untuk manusia sahaja bahkan kepada alam yang indah ini dan kepada seluruh makhluk ciptaan tuhan. Menyintai juga tidak ada permulaan dan tiada pengakhiran. Kedatangannya juga kadangkala secara tiba-tiba.
Saya ingin berkongsi tengtang cinta yang berada di sekeliling saya. Kisah-kisah ini hanyalah sebagai teladan bukannya mengusik mana-mana pihak. Teman yang saya kenali sewaktu bekerja di syarikat swasta pada suatu waktu dulu membuatkan saya beremosi setiap kali saya terkenang kisahnya. Mengenali ani (bukan nama sebenar), itulah nama panggilannya membuatkan saya tersedar tentang permainan hidup di dunia yang sementara ini. Pertama kali bertemu di tempat kerja wajah yang sentiasa ceria tidak pernah tergambar di fikiran saya bahawa insan ini hidup penuh penderitaan.
Setelah hampir enam bulan mengenalinya, suatu petang selepas solat asar, dia mulakan satu perbualan kosong akhirnya kepada perbualan mengenai keluarga. Dia bertanyakan keluarga saya, secara sepontan saya menyatakan keadaan diri saya . Tiba-tiba kedengaran satu keluhan. Lalu saya pun bertanya tentang keluarganya. Terdiam sebentar ,ani tidak terus menjawap. Saya biarkan dia melayani emosinya ketika itu. Lalu dia mengatakan ,sebenarnya dia adalah ibu tunggal. Terkejut juga saya mendengarnya, kerana usianya masih muda lagi. Dari apa yang di ceritakan ,suaminya seorang executive di syarikat swasta telah meninggal dunia akibat kanser. Simpati betul terhadap dia. Tuhan duga dia sewaktu anak masih perlukan seorang ayah dan isteri perlukan tempat berteduh.
Ani meneruskan ceritanya kepada saya, katanya dia amat menyintai suami begitu jua suaminya. Suaminya seorang yang amat penyayang. Tidak pernah berlaku perbalahan sepanjang perkahwinannya. Cinta suaminya amat agung baginya. Hidup tidak selalu cerah bila suaminya di sahkan mengidap kanser. Luruh jiwanya bila doktor memberitahunya tentang penyakitnya dan paling di takuti bila suami di sahkan kanser kulit tahap ktitikal. Demi cinta yang tak pernah padam ,ani tidak pernah lupa memohon pada Allah supaya suaminya di beri kesihatan dan sembuh dari penyakit tersebut. Tapi tuhan lebih menyayanginya. Awal subuh suaminya menghembuskan nafas terakhir di depan ani dan anaknya.
Setelah selesai pengkebumian dan kenduri arwah, ani mula mencari dokumen tentang pembelian rumah. Ani terperanjat apabila nama waris rumah tersebut adalah nama ibu suami. Begitu juga dengan caruman kwsp.. Hampir gila katanya bila dia dapat tahu,dia bukan tamak , sekurang-kurangnya rumah untuk berlindung pun cukup untuk dia. Bila proses untuk menuntut hak ,terpaksa dia mencari peguam dengan bayaran agak mahal. Kerana terpaksa dia lakukan juga. Pihak ibu mertua tidak endah langsung, baginya apa yang anaknya wasiatkan tak perlu di ubah…..oh tuhan kenapa terlalu berat dugaan ini.
Setelah perbicaraan berakhir, rumah dah caruman kwsp tetap hak ibu mertuanya, dia terpaksa akur. Sedikitpun tiada belas kasihan dari pihak keluarga arwah suaminya. Andai mereka tidak menyukai dia sekalipun sepatutnya kasihanlah kepada anak yang arwah tinggalkan.Dengan rasa tertekan serta hiba, ani terpaksa keluar dari rumah yang telah dia diami bersama arwah suaminya .
Anaknya mula bertanya, kemana kita nak pergi ibu……? Tak terjawab langsung soalan itu…..Ani terus menyewa di kawasan yang agak jauh dari rumah lamanya. Berharap dapat melupakan pengalaman pahit dan manis dan memohon bekerja di syarikat swasta tidak jauh dari rumah sewanya. Memandangkan selama ini ,hanya seorang suri rumahtangga, agak susah untuk mendapat pekerjaan walau sebenarnya ada kelulusan.
Dari kisah diatas dapat kita rumuskan, untuk para suami andainya ingin melihat keluarga kita terbela semasa kita hidup atau selepas kita mati pastikan ada sesuatu yang anda boleh tinggalkan untuk orang yang tersayang. Ibu bapa kita memang masih ada hak ikut faraid jika anak lelaki meninggal dunia, tetapi 1/8 hak untuk isteri dan 1/2 untuk anak lelaki dan 1/6 untuk anak perempuan tetap ada. Fikirkanlah…..
Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada anda semua dan jika ada soalan atau cadangan bolehlah hubungi saya.. Yang baik dari allah dan yang buruk dari kesilapan diri saya…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Renungan dn pengajaran yang baik buat semua....
ReplyDeleteHarus sentiasa bersedia...dlm menghadapi sebarang kemungkinan.... Persediaan awal buat yang tersayang agar tidak menderita di kemudian hari sekiranya berlaku sesuatu yang tidak di duga...
Jangan kita sbg seorg bapa fikir.. Jika kita pergi dulu.. t'jawab yg kita pikul selama ni terlepas semuanya... Keran ada org yg saya jumpa pernah berkata, "Pandai2 la anak bini aku cari makan sendiri, lepas aku takde nanti". Tolonglah jangan kita berfikir begitu, sekurang2nya tinggalkan mereka sedikit wang/harta agar mereka boleh hidup seperti anda masih ada.. bukankah itu bagus? Jika anda kata tidak mampu menyediakan wang/harta, saya boleh membatu. Sila lawat ke blog saya http://rushdy694.blogspot.com
ReplyDelete