Sunday, November 29, 2009
Kehidupan mengajar erti kesabaran.
Saya banyak keluar negara selepas berkecimpung dalan dunia perniagaan. Dari situ saya mengenali ramai orang , berbilang bangsa dan ugama. Sepanjang perjalanan ketika di luar negara banyak idea dan pengalaman baru dapat saya kutip….Kisah yang ingin saya kongsi kali ini adalah teman yang saya kenali sewaktu saya dan keluarga bercuti di Beijing China. Kami dalam rombongan yang sama tetapi dia dari daerah lain. Wajahnya nampak dewasa dan cirri-ciri keibuan terpancar di raut wajah yang ayu.
Wanita tersebut bercuti bersama suami, dan tidak membawa anak. Memandangkan anak saya terlalu aktif di dalam rombongan tersebut, maka ramailah teman berbual termasuk wanita tersebut. Kak intan itulah panggilannya. Mempunyai sembilan orang anak ,….tak sangka saya. Menjalankan perniagaan seperti saya dan suaminya bekerja swasta. Semasa berhenti berehat di restoran makanan islam dia mula berbual dengan saya. Suaminya banyak berbual dengan ahli rombongan yang lain. Terdetik di hati saya ,lalu bertanya kepada kak intan , mudah ke melayani sembilan orang anak sedangkan beliau menjalankan perniagaan adakah punyai pembantu….?
Lalu dia menceritakan serba sedikit tentang dirinya. Suami yang menemaninya ke Beijing adalah perkahwinan yang ke tiga baginya. Perkahwinan yang pertama berakhir apabila suaminya seorang guru meninggal dunia kerana terlibat dalam suatu kemalangan . Suaminya yang menaiki motosikal meninggal di tempat kejadian. Ketika itu kak intan mempunyai tiga orang anak hasil perkongsian hidup bersama arwah suami. Memandangkan dia tinggal di kuaters guru dan sebagai suri rumah sahaja terpaksalah kak intan berpindah dari situ. Ketika itu usianya baru dua puluh lima tahun. Anak sulungnya berumur enam tahun. Memandangkan kak intan hanya anak angkat ,tidak tahu kepada siapa harus mengadu. Ibu angkatnya tidak berapa suka pada kak intan semenjak menjadi ibu tunggal.
Jika dia meminta bapa angkatnya menolongnya,
ibu angkatnya akan mencaci kak intan kerana terasa cemburu. Pernah ibu angkatnya memberi amaran kepadanya jangan nak memandai mandai memikat bapa angkatnya. Terlalu perit rasanya tuduhan itu.
Selepas menyewa di pekan , kak intan memohon kerja sebagai tukang cuci. Hasil dari pekerjaan itulah yang
di gunakan untuk membesarkan tiga orang anaknya yang masih kecil. Hampir tujuh tahun kak intan menjanda, akhirnya tuhan temukan kak intan jodoh dengan orang bujang dari selatan tanah air. Bermulalah kehidupan baru dan di kurniakan dua orang cahaya mata. Bermakna anak kak intan bertambah dan terpaksa bekerja lagi kuat. Suaminya seorang yang nampak penyayang ,tidak pernah mengherdik atau melukakan hatinya. Namun panas tidak sampai ke petang, sikap suaminya yang rajin bekerja menjadi agak malas selepas di timpa kemalangan di tempat kerja. Setelah beberapa bulan bercuti ,suami kak intan tidak mahu menyambung tugas di tempat lamanya. Akhirnya dia menganggur. Terpaksalah kak intan bekerja sendiri, untuk menampung keluarga. Namun kesabaran kak intan menghadapi hidup begitu akhirnya menemui kegagalan. Nasihat yang kak intan beri pada suaminya tidak di endah,
nafkah tak pernah di fikir. Kak intan sentiasa menasihati suaminya untuk berubah tetapi suaminya tidak mengendahkan.Kerana tekanan hidup bersama suami selama tujuh tahun yang teramat sangat kak intan memohon cerai secara baik. Pada mulanya permohonan itu gagal kerana suaminya tidak mahu bekerjasama. Kak intan terpaksa menggunakan hikmat peguam untuk menyelesaikan kekusutan itu.
Setelah penceraian itu, kak intan mula meniaga secara kecil kecilan. Perniagaannya mula berkembang atas sokongan anak-anaknya . Lama juga kak intan menyendiri….,tetapi cinta itu adalah satu perasaan yang tidak terduga…,akhinya dia berkahwin semula dengan seorang duda yang mempunyai empat orang anak. Ini bermakna anak kak intan berjumlah sembilan orang . Kak intan teruskan hidup dengan penuh kasih sayang walaupun terpaksa menjaga anak tiri. Baginya semua yang ada padanya adalah amanah tuhan dan tidak boleh di sia-siakan.
Rumusan dari kisah ini, bahawa tuhan menguji setiap hambanya supaya hambanya lebih bertaqwa. Ujian yang kak intan lalui amat perit dan kak intan melalui tiga fasa dalam hidup ini. Semoga kak intan lebih tabah dengan setiap dugaan.
Sekiranya teman-teman punyai kisah kehidupan yang mencabar , kongsilah kepada orang lain agar ianya menjadi pedoman dan tauladan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pedoman dn teladan dalam menyusuri rongga perjalanan kehidupan...ingatlah hidup ini panjang namun ia singkat....nikmati setiap saat dalam hidup biar pun ia pahit untuk di telan.... kerana pasi tersirat hikmah di sebaliknya...itulah Rahsia di dalam Rahsia..... pasti tak kan terungkai oleh hanya sekadar kata2....
ReplyDelete