Monday, January 4, 2010

Apa dosaku


Sebagai seorang pengurus aku sering di kunjungi oleh pelanggan ,berbagai bangsa dan berbagai peringkat usia. Pada suaru hari aku di kunjungi oleh seorang pelanggan yang agak berumur..,mungkin usianya mencecah 73 tahun.

Melihat wajahnya hatiku sayu..,seorang lelaki yang agak uzur sanggup memanjat tingkat tiga untuk menemui aku. Senyuman yang menguntum di bibirnya membuat aku tersedar ,walaupun usianya agak lanjut mungkin cara fikir atau semangatnya tidaklah setua usianya.

"Apa khabar pakcik" aku menyapa sambil mempersilakan beliau duduk berhadapan dengan aku. "Baik je" jawapnya pendek. Tanpa membuang waktu dia menceritakan akan masalahnya. Katanya dia amat terkilan
terhadap anak-anaknya. Beliau mempunyai lima orang anak . Empat orang anaknya telah berumahtangga. Hanya yang bongsu sahaja masih tinggal bersamanya dan belum berkahwin. Anak bujangnya itu ,tidak pernah bekerja tetap..,ada sahaja alasannya dan sekiranya kekurangan wang dia akan meminta dengan pakcik tersebut.


Untuk masa depan yang tidak pasti bagaimana kesudahannya, pakcik tersebut menyimpankan sedikit wang dalam syarikat insuran atas nama anak bongsunya. Apa yang di harapkan tidak kesampainan apabila anaknya telah menamatkan polisi tersebut tanpa pengetahuan bapanya dan yang menjadi lagi kacau apabila anaknya juga mengeluarkan sebahagian wang simpanannya yang ada di dalam akaun bersama.

Pilu hati pakcik tersebut atas tindakan anaknya. Lebih pilu lagi apabila beliau menceritakan tentang masalah kesihatannya agak merosot akhir-akhir ini. Beliau yang telah hampir 10 tahun kehilangan isteri terlalu kecewa terhadap anak-anaknya.

Semasa beliau menginap di hospital kerana masalah kesihatan dua bulan lepas tiada seorang anak atau menantunya yang datang melawat. Beliau terpaksa menguruskan kemasukan dan semasa keluar hospital sendiri. Malah semasa hendak pulang ke rumah dia terpaksa berjalan agak jauh untuk menunggu bas. Semasa di dalam bas , beliau terpaksa berdiri sambil menahan kesakitan,tiada siapa yang pedulikan beliau kecuali seorang india tua , memberi tempat duduk kepadanya.

"Apa dosa aku" kata pakcik kepada aku. Tidak terjawap oleh kata-kata. Kisah ini membuatkan aku mengingati tentang kunci syurga. Ibu bapa kita adalah kunci syurga kita.....Fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment