Monday, December 7, 2009
cinta pada Allah dan rasul
Setiap kali aku memandang luar jendela..ku lihat indahnya alam ciptaan tuhan. Ada kalanya aku cemburu pada alam ini kerana keindahannya membuat hati ni gembira adakala sayu dan adakala hampa. Pun begitu aku akur, keindahan inilah yang membuatkan aku jatuh cinta.
April 2009,aku menjejakkan kaki di rumah mu...,panggilanmu yang terlalu agung membuat aku sujud di situ. Subhanallah.....rinduku terhadapmu akhirnya tertebus jua.Laungan azan yang mendayu...,meruntun hatiku....ya rasul ,aku datang menziarahimu.Terimalah aku yang hina ini dan penuh dosa, aku datang dengan satu perasaan yang teramat rindu terhadapmu...di raudhah mu aku sujud,aku berdoa moga kita dapat bersua lagi dan aku berdoa agar aku tidak terkeluar dari landasanmu.
Insan kerdil seperti aku..,tak mampu menyimpan kenangan pahit mahupun manis tapi yang pasti aku tetap teruskan liku-liku hidup ini tanpa rasa jemu.
Di rumahmu jua, aku mengerti erti kasih sayang, perjuangan dan yang paling aku terasa tentang pengorbanan mu terhadap agama.Aku sudah cuba untuk jadi yang terbaik, aku tetap tewas dengan ke alpaan aku sendiri. Aku telah cuba untuk menyayangi tapi aku tewas dengan keegoan. Ya tuhan ampunilah aku ini , di rumahmu ini aku bermohon agar engkau kuatkan iman dan ketakwaan aku. Aku dah tak mampu pergi jauh sebab aku telah tewas dalam hidup.
Aku tanya pada diriku ,apakah kelemahan aku....mungkin sifat penyayang aku membuatkan aku lemah dan aku tak bermaya. Setiap kali mengelilingi kaabah..,aku terharu ,dari jauh ku melambai hajar aswad......ku mendaki safa dan marwah.....oh tuhan aku rupanya di rumahmu......
Aku memandang keliling aku ..,anak-anak kecil di tepi laluan masjidilharam meminta sedekah...,ada yang sempurna dan ada yang cacat. Aku pandang diriku yang amat sempurna tuhan ciptakan aku.....,aku seribu kali lebih baik dari mereka...Pun ada kalanya aku merungut....maafkan aku ya allah....
Sembilan hari aku berada di rumah mu..,aku dapat marasai cinta sebenar, terlalu istimewa, terlalu suci dan yang pasti aku masih merindui rumahmu hingga ke saat ini......Ya allah permudahkan aku dalam segala urusan aku di dunia ini dan permudahkan aku ketika tiba masa ngkau menjemput aku nanti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hanya DIA yang mengerti setiap yang tersurat........
ReplyDelete