Monday, December 21, 2009

Cita-cita yang tidak kesampaian


Setiap manusia mempunyai cita-cita. Adakah cita-cita itu tercapai atau hanya angan-angan sahaja. Sebenarnya berangan-angan tidak salah kerana tiada bayaran. Malang sekali kiranya kita langsung tidak punya cita-cita mahupun angan-angan.

Cerita ini aku kongsi sebagai iktibar dan pedoman sahaja. Ibu mempunya empat orang adik beradik. Hanya ibu sahaja anak perempuan yang lain adalah dua orang abang dan seorang adik lelaki. Memandangkan keluarga ibu bukanlah dari golongan orang yang senang ,selepas berkahwin dengan ayah ,gaya hidupnya agak berubah kerana keluarga ayah dari golongan agak berada.




Abang sulung ibu hanya bekerja sebagai buruh , abang kedua bekerja sebagai askar dan sekarang sudah bersara. Adik bongsu ibu bekerja dengan kerajaan sebagai tukang masak untuk pegawai tertinggi di tempat kerjanya. Gelaran adik ibu adalah 'ucu'. Beliau seorang yang kuat semangat dan sentiasa mencari peluang untuk menambah pendapatan. Sikapnya yang sangat pemurah di senangi oleh semua orang .


Ucu punya cita-cita yang tidak kesampaian ,dia seorang pelajar yang cerdik semasa bersekolah ,dia di antara pelajar yang terpilih untuk memasuki asrama penuh tetapi nenek tidak mampu untuk membiayai persekolahannya. Keinginan ucu terpaksa di pendam sahaja. Memandangkan dia tidak menyambung pelajaranya selepas menduduki sijil pelajaran malaysia, dia terus bekerja .

Pekerjaannya sebagai tukang masak membuatkan beliau di kenali ramai. Kepetahan ucu berbicara membuatkan beliau di kelilingi teman-teman
yang sentiasa ceria. Usia ucu mencecah dua puluh lapan tahun dia telah menamatkan zaman bujang dengan seorang gadis yang bekerja sebagai guru di sekolah agama. Rumahtangga yang terbina, ucu di kurniakan lima orang cahaya mata, seorang perempuan dan empat orang lelaki.


Walaupun pendapatan ucu hanya cukup-cukup makan , ucu sentiasa menasihati anak-anaknya untuk belajar bersungguh-sungguh agar cita-citanya dulu dapat anaknya laksanakan. Alhamdulillah kesemua anaknya menampakkan hasil, dua orang dari anaknya menjadi guru selebihnya bekerja biasa.

Ucu rasa berpuas hati ,penat lelah selama ini terbalas , bila usia ucu hampir memasuki lima puluh lima ,dia bercadang untuk terus bersara. Itulah waktu yang di tunggu-tunggunya selama ini.

Pada suatu hari dia datang kerumah ibu, wajahnya yang amat ceria ,hari itu banyak perkara yang dia bualkan bersama ibu dan nenek. Katanya pada ibu "Kakak....kebun mak dah aku bersihkan ...,nanti aku tak akan bersihkan lagi" Ibu terpinga-pinga....lalu bertanya..."habis tu sapa yang akan bersihkan...,dan kamu nak kemana" Ucu menjawap " Aku nak berehat lagipun minggu depan 8 haribulan aku mula bersara"....Ibu pun tersenyum ..."aku ingat kamu nak melancung ke mana tadi"?.. Ucu menambah "aku benar-benar hendak berehat, hampir 35 tahun aku hambakan diri untuk mencari nafkah...,inilah masanya untuk berehat"


Ibu tersenyum lagi melihat telatah adiknya..."ye..lah kamu dah lama hidup susah inilah masanya untuk kamu berehat" Pada hari itu ibu masakkan ucu masakan kegemarannya iaitu tumis sadin dan sayur goreng. Ibu dan nenek makan bersama...,ucu cukup berselera betul...Sebelum balik ucu hulur bungkusan kepada ibu..."Apa ni " ibu bertanya. Ucu menjawap "Selama ni aku tak pernah belikan kakak baju , jadi memandang hari raya dah dekat aku belikan untuk kakak"..."tak payah susah-susah" kata ibu. Ucu menjawap "ini hadiah dari aku ambillah"

Tanpa bertanya lagi ibu menerima bungkusan tersebut dan mengucapkan terima kasih pada ucu. Sebelum balik ucu memohon maaf pada nenek dan ibu...ibu dan nenek maafkan ucu dan merasakan perjumpaan hari itu agak berlainan dari biasa.

Esoknya semasa aku berada di office , pada pukul 4.30pm aku di kunjungi oleh anak sulung ucu yang memaklumkan ucu kena serangan sakit jantung secara tiba-tiba di tempat kerja dan telah meninggal dunia semasa perjalanan ke hospital...

Ya Allah ...,tak tahu apa yang hendak aku katakan...,tak sanggup untuk aku maklumkan berita ini pada ibu...dan nenek...Namun aku gagahi jua dan memaklumkan berita ini pada ibu....Terdengar suara ibu dalam tangisan...nenek terdiam...Lalu katanya "Ya Allah ,kenapa engkau mengambil dulu anakku sedangkan aku yang telah hidup lama engkau masih panjangkan umurku..."


Kematian ucu benar-benar mengejutkan keluarga kami, ucu yang tidak pernah sakit tiba-tiba meninggal secara mengejut.Ibu teringat peristiwa semalam. Ucu gembira dan makan bersama-sama ibu .Kini sudah 3 tahun ucu meninggalkan kami, baju pemberian arwah ucu , ibu pakai semasa adik aku berkahwin tahun ini .Bermakna ibu telah menyimpan baju tersebut hampir 3 tahun.Yang aku tahu semasa ibu menyarungkan baju itu ke tubuhnya ,ibu menangis teresak-esak lalu berkata..,aku terima pemberianmu semoga engkau di tempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman....Amin.

Cita-cita arwah untuk kemenara gading tidak kesampaian dan harapannya untuk bersara juga tidak kesampaian. Semoga kisah ini menjadi pedoman ,dan kita sebagai hamba wajib bersedia......kerana ajal maut itu di tangan tuhan....kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan....

Saturday, December 19, 2009

Mengingati Sakaratul Maut





Ada kalanya kita akan lupa seketika tentang hadirnya sakaratul maut. Walau dari azali lagi kita tahu akan kewujudanya. Melupakan Allah adalah satu kerugian . Orang-orang solih pernah menceritakan…”Apakah kerugian yang besar ngkau rasakan” Gurunya menjawap “ Lupa kepada Allah SWT”

Di riwayatkan nabi Yaaqub as bersahabat dengan Malaikat Maut. Suatu hari Malaikat mengunjungi Yaaqub. Yaaqub berkata “Wahai Malaikat maut, engkau dating untuk menziarahi atau untuk mencabut nyawaku?” Malaikat menjawap” Untuk menziarahi sahaja. Lalu Yaaqub berkata “ Aku punyai permintaan kepada mu” Malaikat maut bertanya “Apakah permintaan mu?” Yaaqub menjawap “Bila ajalku dah dekat dan engkau hendak mencaburt nyawaku ,hendaklah engkau memberitahu aku dahulu.” Malaikat menjawap “Baiklah aku akan mengutuskan kepadamu dua atau tiga utusan”

Setelah waktu dan tahun bersilih ganti maka Malaikat maut datang kembali. Yaaqub bertanya “Adakah engkau ingin menziarahi atau ingin mencabut nyawaku” Malaikat maut menjawap
“Aku datang adalah untuk mencabut nyawamu” Yaaqub bertanya dengan rasa hairan “Bukankah engkau berjanji kepadaku hendak mengutus dua atau tiga utusan terlebih dahulu?” Malaikat maut menjawap “ Benar dan aku telah melakukannya. Putih rambutmu setelah hitam, lemah badanmu setelah kuat dan membokoknya tubuhmu setelah tegap , itu adalah utusanku wahai yaaqub kepada manusia sebelum ia mati”

MasyaAllah …,,tanda-tanda sakaratul maut untuk kita telah dia beri hanya kita sebagai manusia adakah kita ingat ataupu terus lalai. Keimanan yang utuh sebagai pendinding untuk kita tidak melupakan Allah.

Friday, December 18, 2009

Cinta kepada kedua ibu bapa



Dari mereka kita wujud di dunia...,dari mereka kita punya ilmu walau mereka hanya insan biasa. Di sudut hati tempat mereka adalah yang tertinggi selepas menyintai Allah dan rasul. Bagi sang isteri pula taat pada ibu bapa tetap ada walaupun kita wajib taat kepada suami.

Imam Bukhari dan Muslim mengeluarkan dari ibnu Mas'ud ra, dia berkata: Katanya kepada Rasulullah SAW. "apakah amal yang di sukai Allah" Baginda menjawap "solat tepat pada waktu " Katanya lagi "lalu apa" Baginda menjawap "Berbakti kepada kedua orang tua" Aku tanya lagi"lalu apa lagi " Baginda menjawap "Jihad "

Ini bermakna taat kepada kedua ibu bapa di tangga ke dua setelah kita mengerjakan solat tepat pada waktunya. Tinggi nilai ibu bapa kita di sisi Allah. Jangan kita menyakiti hatinya.





Sabda Rasulullah SAW :
"Orang tua itu adalah kunci pintu syurga , Jika mahu aku hilangkan saja atau aku menjaganya"
"Mohonlah kepada Allah untuk berbakti kepadanya. Jika engkau berbuat demikian maka sama dengan engkau berhaji ,berumrah dan berjihad"

Lukisan kehidupan



Apa yang terjadi kepada kita telah pun tertulis dan terlukis kisah kehidupan. Adakah perjalanan hidup kita dalam keadaan yang baik ataupun sebaliknya. Dari rahim ibu lagi ...,kita sudah ada kehidupan tetapi di alam itu sahaja.
Bila kita lahir kita teruskan kehidupan tetapi amat berbeza dari alam sebelumnya....

Setiap manusia mahukan kehidupan yang sempurna...,kalau boleh tidak mahu di kotori dengan kisah yang menyedihkan atau menyayat hati...tetapi kita kena ingat bahawa sekiranya kita tidak di duga kita tiada apa di sisi Allah...

Telah berkata Adl Dlahak ra "Barangsiapa tidak di uji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah ,maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah"

Dalam satu hadis Nabi SAW baginda bersabda
"Ketika seorang hamba sakit Allah mengutus dua Malaikat kepadanya seraya berkata" Lihatlah kalian apa kata hamba ku" Jika ia berkata 'Alhamdulillah' maka di beritahu kepada Allah. Dia lebih tahu, lalu berkata Aku berjanji untuk hambaku..,Jika aku mematikannya , ku masukkan dia ke Syurga dan jika aku menyembuhkannya ,ku ganti daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik dari darahnya dan aku akan hapuskan keburukannya.."


Sesungguhnya kita sentiasa di dalam kerugian andai apa yang kita lakukan tidak membantu untuk kita lebih mulia...untuk menuju kesesatan amat mudah tetapi untuk menuju kemuliaan amat payah

Allah SWT telah memberikan wahyu kepada Nabi Musa as:
"Wahai Musa ,jika engkau ingin Aku lebih dekat kepadamu daripada ucapanmu kepada lisanmu, daripada keraguan hatimu kepada hatimu, daripada rohmu kepada badanmu,daripada cahaya kepada telingamu, maka perbanyakkan membaca selawat kepada Muhammad SAW"


Lukisan kehidupan kita akan lebih bermakna bilamana kita sentiasa mengingati Allah dan memperbanyakkan selawat. Mengingati mati merupakan satu ibadah dan menangis kerana takut kepada Allah itu lebih mulia.

Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya" Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, bergugurlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya"



Firman Allah Dalam Surah An Naziat : ayat 37-41
Ertinya" Maka barangsiapa yang derhaka dan mengutamakan hidup dunia .Maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya .Maka sesungguhnya Syurgalah tempat diamnya"

Sebagai pedoman hidup ambillah ia sebagai iktibar yang baik dari Allah yang hina dari diri ini sebagai hambanya.

Thursday, December 17, 2009

cinta hingga ke liang lahad


Kisah menyayat hati ini aku simpan hampir tiga tahun dalam kotak ingatanku..aku cuba untuk tidak mengingati tapi sebagai iktibar elok rasanya aku kongsi pada teman-teman sebagai satu pengajaran. Hidup di dunia yang sementara ini patutnya kita gunakan sebaik mungkin agar tidak menyinggung mana-mana hati.


Sebagai ketua dalam bidang insuran kita akan berjumpa berbagai-bagai ragam manusia
terdiri dari pelanggan kita mahupun consultant kita. Aku telah menjalankan sessi temuduga untuk mengambil consultant baru pada 2007 dan dari situ aku kenali seorang gadis yang mempunyai wajah yang comel dan nampak pendiam. Dari kaji selidik yang di buat, dia memberitahu yang dia seorang ibu muda dan baru saja menimang cahaya mata. Memandangkan dia agak pendiam aku tidak berapa tahu tentang dirinya

Memandangkan kelulusannya yang baik ,penampilannya yang cantik dan cara berkomunikasi yang teratur aku setuju mengambilnya sebagai consultant baru saya.
Sebagai consultant sambilan ,dia agak jarang ke pejabat. Seminggu sekali sahaja itupun pada hujung minggu sekiranya ada kelas mingguan. Akhirnya teka teki terjawap jua bila mana aku dapat berbual dengannya semasa kami membuat pameran tentang insuran dan kesihatan di daerah kami. Kesempatan itu aku dapat merasai kebimbangan wajahnya, kesakitan jiwanya dan jua kesedihan.

Dia mula menceritakan tentang hidupnya . Dia merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik .Tiga adiknya adalah lelaki dan masih bersekolah ketika kejadian itu berlaku. Dia mempunyai keluarga yang amat sayang menyayangi. Kasih sayang ayahnya terhadap ibunya membuatkan kehidupannya terlalu sempurna. Walaupun tidak begitu berada tetapi pekerjaan ayahnya sebagai kontraktor bolehlah di anggap senang walaupun hanya kontraktor kelas bawahan. Ibunya pula mengambil upah menjaga anak jirannya untuk menampung kehidupan.


Dengan berkat doa dari keluarga akhirnya...,ayah beliau mendapat beberapa projek yang agak lumayan. Berubalah kehidupan mereka sekeluarga. Untuk menyatakan kejayaan dalam bisnes ayahnya membeli kereta bmw keluaran terbaru ketika itu. Ibu dan adik-adik tumpang bangga. Rumah yang kami tinggal ayah langsaikan bayaran.Kegembiraan sentiasa tergambar di wajahnya yang ketika itu di tingkatan tiga.

Memandangkan ekonomi bertambah baik ..,sedikit demi sedikit ayahnya mula mengubah cara hidup. Pergaulan dengan teman-teman baru banyak mengubah cara ayah berfikir.
Ayah mula pandai ke kelab dangdut tanpa ibu sedari. Kelas agama di masjid jarang ayah hadiri. Ibu mula menegur ayah tapi ,dia tetap berpegang pada pendiriannya dan katanya untuk dapat banyak projek kita kena pandai melobi...katanya pada ibu.


Penjelasan ayah membuatkan ibu tidak menyoal lagi cuma dia mengingatkan jangan tinggalkan perkara yang wajib dan menganiaya keluarga. Tekaan ibu terhadap perubahan ayah yang suka balik lewat dan kadangkala keluar daerah terjawap apabila ada orang memberitahu ibunya yang ayahnya telah berkahwin dengan perempuan di kelab dangdut.Luruh hati ibunya..,bila mendengar berita tersebut. Ayahnya mengahwini wanita yang di kenali di kelab dangdut di sempadan dan semasa berita itu sampai kepada ibunya sudah enam bulan ayahnya berumahtangga.

Sebagai anak perempuan dia menasihati ibunya agar bersabar..,dan meminta ibunya menjaga kesihatannya. Sedih dia rasakan tentang nasib keluarganya. Ayahnya mula tidak pulang ke rumah setelah ibunya mengetahui berita tersebut. Walaupun suaminya melukakan hatinya tapi dia masih menyayangi suaminya.Makin lama hubungan ibu dan ayahnya makin renggang...,ibu selalu merindui ayahnya tetapi ayahnya tidak peduli. Ibu sibukkan diri menjaga anak jiran untuk melupakan segala peristiwa pahit. Wang saku mula berkurangan dan dia dapat merasakan penderitaan ibunya.Ketika dia di tingkatan empat ibunya yang sememangnya mengidap sakit asma yang terkawal mula teruk..Mungkin tiada sokongan dari suami yang amat di cintai ,kesihatan ibunya makin merosot. Selalu dia menalifon ayahnya agar pulang kerana tak sanggup melihat penderitaan ibunya. Namun ayahnya tidak pernah menjawap panggilannya.

Rindu ibu terhadap ayahnya yang keterlaluan membuatkan ibu terus jatuh sakit ketika dia di dalam tingkatan lima. Puas dia cuba mencari ayahnya tetapi insan yang bernama ayah tidak kunjung tiba. Ketika cuti sekolah pertengahan tahun ,dia banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran di rumah ,dan dapatlah dia menjaga ibunya yang masih tidak sihat. Ibu memanggilnya dan menyatakan badannya terlalu lemah pada hari itu...Dia terpinga apa yang perlu dia lakukan. Sebagai anak sulung dia mesti buat keputusan kerana ibunya memang nampak berlainan pada hari itu.

Hanya membawa beberapa ringgit dia menaiki motor ayahnya ,membonceng ibunya yang terlalu lemah ke klinik kesihatan yang berdekatan rumahnya. Sampai di klinik tersebut doktor yang bertugas memberitahu supaya ibunya di hantar ke hospital.
Memandangkan ambulan di klinik tersebutudah keluar untuk menghantar pesakit ,dia meminta tolong orang yang ada di klinik te
rsebut untuk menghantar ibunya ke hospital.

Alhamdulillah seorang pakcik yang berada di klinik tersebut sudi menghantar ibunya ke hospital yang terdekat. Dia duduk di belakang memangku ibunya. Dia mula menangis apabila ibunya membisikkan di telinganya...,jangan pisahkan adik-adik kalau ibu tiada..telifonlah ayah....Dia menyuruh ibunya mengucap. Hatinya amat kecewa bila melihat nafas ibunya tidak stabil. Sampai sahaja di hospital belum sempat ibunya di bawa ke bilik kecemasan ibunya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya....,...

Ya allah ..dia tidak tahu apa yang harus dia buat...Dia mula menangis sambil memelok ibunya...Setelah pihak hospital menguruskan jenazah ibunya untuk di bawa pulang ke rumah..,baru dia teringat pesan ibu supaya menghubungi ayahnya. Dia gagahkan diri ke public phone yang ada di kawasan hospital...dia mendail nombor yang selama ini bila dia dial tidak pernah
berjawab. Maha suci tuhan deringan pertama berbunyi ..,dia dengar suara yang ibunya,dia dan adik-adik amat rindui. Ayah.....ibu dah tak ade...,itulah kata-katanya kepada ayahnya...Dia dengar suara ayahnya meraung...mungkin tanda kesal atau hanya dia saja yang tahu.

Cinta ibunya terhadap ayah ...ibu bawa hingga ke liang lahad. Sejak ibu tiada dia dan adik-adiknya masih tinggal di situ. Dia faham ayah ada keluarga baru dan juga dua orang anak dari isteri keduanya. Untuk menjaga keselamatan dirinya ,guru-guru di sekolah mencadangkan agar dia duduk diasrama dan adik-adik tinggal di rumah. Jiran-jiran yang amat perihatin banyak membantu keluarganya semasa dia tinggal di asrama.

Dia dapat memduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia walaupun hatinya masih pilu dengan apa yang berlaku....

Keputusanya peperisaan yang cemerlang memudahkan dia memasuki pusat pengajian tinggi. Semasa masih belajar dia pun menamatkan zaman bujangnya dengan teman yang di kenali sewaktu di sekolah rendah. Dia dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang. Sokongan dari suami tersayang banyak membantu untuk dia lebih positif.Dia mendapat pekerjaan yang baik dan hidupnya kini bahagia.

Kini dia mula hairan dengan ayahnya. Bilamana ayahnya mula kembali ke rumah asal..,iaitu rumah yang di diami oleh dia dan arwah ibunya. Peristiwa yang menimpa ibunya mungkin satu pengajaran buat ayah. Kereta mewahnya pun sudah tidak kelihatan dan ayahnya seperti terus tinggal di situ bersama adik-adik dan anak ibu tirinya. Mana isterinya.........hanya ayah yang tahu......

Setiap malam ayah habiskan waktu ke surau berdekatan dan dia hanya bekerja di kampung sahaja...Bisnes ayahnya telah lebur rupanya....dan isterinya tidak mahu dengan ayah bila tahu ayah jatuh miskin....

Semoga apa yang tersirat dan tersurat di dalam cerita ini dapat di jadikan iktibar. Yang baik ada ganjaranya , yang jahat tetap ada balasannya. wassalam s

Wednesday, December 16, 2009

cinta pada alam semesta.


Kerdipan kelopak memohon simpati.Titisan airmata mencuci gelodak hati. Tiupan bayu merangkul duka di hati. Aku terkedu bila aku melihat matahari mula terbenam. Adakah kau akan muncul esok pagi wahai sang suria. Aku terusik bila sang pelangi memancarkan berbagai warna...aduh cantiknya...Aku teruja bila awan menitiskan air hujan . Oh tuhan semua kejadian alam ini ada sesuatu yang ingin kau ceritakan. Adakah kita mengambil iktibar dengan kejadiannya atau kita lupakan akan kewujudannya kerana alpa dengan nafsu dunia...


Adakalanya aku rindukan deruan ombak dan aku juga rindukan pasirmu yang putih. Bila aku lihat anak - anak berlari menyusuri pantai, ketenangan akan muncul secara tiba-tiba tanpa di undang. mata adakalanya

Wednesday, December 9, 2009

Menyayangimu..

Setiap ciptaan tuhan punya rahsia yang tersirat mahupun tersurat.Kadangkala kita merasakan hanya manusia saja yang wajar sayang dan menyayangi...Hingga kita terlupa semua ciptanya punya naluri itu termasuk haiwan.

Aku mula menyayanginya sejak 2004..,bila mana suami aku membelinya untuk aku bela. Leko namanya...,seekor kucing yang amat comel...kadang-kadang aku cemburu dengan kasih sayangnya..tak sangka haiwan juga menyayangi tuannya. Setiap pagi leko akan mencakar daun pintu bilik aku untuk mengejutkan aku dari tidur ...,biasanya selepas azan subuh berkumandang...terdetik di hati ini ..,adakah haiwan jua tahu ....yang umat manusia wajib mengerjakan solat......

Kerana leko bersendirian tanpa teman aku suka mencarikan dia teman dari rumah jiran...,
,malangnya tidak sesuai dengannya...mungkin kerana leko keturunan parsi...maka kucing lain tidak mahu mendekatinya.... ada perbezaan dari segi paras wajahnya dan keadaan bulunya yang amat lebat....

Bila usianya agak meningkat dewasa aku merasakan yang leko ingin mengawan....,lalu aku hantar leko ke klinik haiwan untuk membuat pemeriksaan....rupanya tekaanku benar belaka. Memandangkan leko tidak mahu mengawan dengan kucing keturunannya yang sedia ada di klinik tersebut maka aku terpaksa lepaskannya supaya dia boleh mencari pasangannya sendiri....bak kata orang tak kenal maka tak cinta....

Selepas tiga hari aku lepaskan ,
dia pun pulang ke rumah.....,tidak lama kemudian leko bunting ...,itupun setelah doktor mengesahkan ...bilamana dia tidak berapa sihat dan saya bawa ke klinik untuk rawatan. Akhirnya leko selamat melahirkan lima ekor anak.Memang comel semua anaknya....


Leko memang pandai menjaga anaknya..,kami sekeluarga memberi nama anaknya mawi, milah, felix, lotter dan ebi. Nama itu di ambil dari nama pelajar AF yang tengah popular ketika itu.

Anak-anak leko membesar dengan begitu cepat...,tubuhnya agak panjang tapi wajahnya seperti kucing kampung namun bulunya masih mengekalkan keturunan parsi....

Sekarang ini hanya seekor sahaja anak leko yang masih ada ,mila dan lotter telah mati kerana sakit selepas melahirkan anak,felix masih hidup tetapi di bela jiran ,ebi pula di curi orang dan yang masih ada dengan kami adalah mawi...

Buat masa ini ,leko masih sihat dan terpaksa menjaga anak peninggalan mila dan lotter. Kucing pun ada rasa tanggungjawap dan kasih sayang....Aku percaya andai kita limpahkan kasih sayang kepada sesiapa pun jangan kita merasa rugi sebab apa yang kita lakukan tuhan akan beri ganjarannya. Walaupun tidak didunia mungkin di akhirat nanti.

Monday, December 7, 2009

Dugaan kehidupan


Cinta yang tiada batasan adakala nya menduga kesabaran serta iman kita, kerana ia adalah dugaan daripada yang maha ESA...
Tuhan tidak akan menduga hamba-hambanya...melainkan hambanya mampu menangani dugaan..dan sekira ia mampu menghadapi dugaanNYA...maka akan lahirlah ia sebagai manusia yang lebih baik dan hebat.... namun sebagai manusia biasa kita redha
dengan ketentuanNYA...

Pengertian Cinta


Bukan mudah untuk mengenal cinta yang sejati.Sebab itu ianya di katakan cinta buta. Ada kalanya cinta juga menjadikan kita tidak karuan.Definisi cinta amat luas dan selagi ada masa selagi itulah cinta berputik.

Ada orang menyatakan cinta adalah pembunuh kehidupan...,ada juga orang mengatakan cinta penyeri kehidupan.Kita pilih mana yang sesuai untuk kita. Andainya kewarasan fikiran kita di tahap yang normal..,pastinya cinta akan membuat kita lebih dewasa untuk menempuh hidup..

Pernahkah kita fikir cinta
kita mempunyai banyak cabang. Bila kita sudah berkeluarga ,sedikit cinta kita beri pada pasangan ,sedikit lagi pada anak-anak ,sedikit lagi untuk tugas kita dan selebihnya kepada keluarga kedua belah pihak. Akhirnya kita dahaga cinta, sekiranya ianya tidak dipupuk dan di baja.

Semua manusia punya naluri hebat ini ,adakalanya si kecil juga pandai mempamirkan cintanya.Cinta si kecil jua adakalanya menjadi pengubat lara. Pujangga ada menyatakan cinta tidak akan berakhir walaupun jasad kita di kandung tanah.

Ada orang menyatakan setiap rumahtangga yang terbina adalah kerana kekuatan cinta pasangan tersebut. Ada juga orang menyatakan tidak semua cinta yang hebat berakhir dengan perkahwinan...Namun sekiranya kita menyintai pencipta kita pastinya cinta kepada manusia lagi hebat getarannya.Kadangkala kesengsaraan di sebabkan cinta jua mengakibatkan kehidupannya berubah. Pilihlah cintayang luhur...agar cinta kita harum mewangi walaupun tinggal nama.