Friday, December 18, 2009
Lukisan kehidupan
Apa yang terjadi kepada kita telah pun tertulis dan terlukis kisah kehidupan. Adakah perjalanan hidup kita dalam keadaan yang baik ataupun sebaliknya. Dari rahim ibu lagi ...,kita sudah ada kehidupan tetapi di alam itu sahaja.
Bila kita lahir kita teruskan kehidupan tetapi amat berbeza dari alam sebelumnya....
Setiap manusia mahukan kehidupan yang sempurna...,kalau boleh tidak mahu di kotori dengan kisah yang menyedihkan atau menyayat hati...tetapi kita kena ingat bahawa sekiranya kita tidak di duga kita tiada apa di sisi Allah...
Telah berkata Adl Dlahak ra "Barangsiapa tidak di uji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah ,maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah"
Dalam satu hadis Nabi SAW baginda bersabda
"Ketika seorang hamba sakit Allah mengutus dua Malaikat kepadanya seraya berkata" Lihatlah kalian apa kata hamba ku" Jika ia berkata 'Alhamdulillah' maka di beritahu kepada Allah. Dia lebih tahu, lalu berkata Aku berjanji untuk hambaku..,Jika aku mematikannya , ku masukkan dia ke Syurga dan jika aku menyembuhkannya ,ku ganti daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik dari darahnya dan aku akan hapuskan keburukannya.."
Sesungguhnya kita sentiasa di dalam kerugian andai apa yang kita lakukan tidak membantu untuk kita lebih mulia...untuk menuju kesesatan amat mudah tetapi untuk menuju kemuliaan amat payah
Allah SWT telah memberikan wahyu kepada Nabi Musa as:
"Wahai Musa ,jika engkau ingin Aku lebih dekat kepadamu daripada ucapanmu kepada lisanmu, daripada keraguan hatimu kepada hatimu, daripada rohmu kepada badanmu,daripada cahaya kepada telingamu, maka perbanyakkan membaca selawat kepada Muhammad SAW"
Lukisan kehidupan kita akan lebih bermakna bilamana kita sentiasa mengingati Allah dan memperbanyakkan selawat. Mengingati mati merupakan satu ibadah dan menangis kerana takut kepada Allah itu lebih mulia.
Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya" Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, bergugurlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya"
Firman Allah Dalam Surah An Naziat : ayat 37-41
Ertinya" Maka barangsiapa yang derhaka dan mengutamakan hidup dunia .Maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya .Maka sesungguhnya Syurgalah tempat diamnya"
Sebagai pedoman hidup ambillah ia sebagai iktibar yang baik dari Allah yang hina dari diri ini sebagai hambanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment